• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: SKMM Perlu Cari Inisiatif Pantau Talian Komunikasi

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki kawasan banjir bagi memudahkan pemantauan liputan talian komunikasi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata dalam keadaan banjir buruk, SKMM perlu lebih bersedia bagi memastikan talian telekomunikasi berfungsi dengan baik bagi memudahkan tugas mencari dan menyelamat.

“Apa yang berlaku tahun lepas, banyak kawasan gagal dihubungi menggunakan telefon, dan SKMM tidak dapat memantau perkara ini kerana mereka mendakwa tidak memiliki kemudahan untuk memasuki kawasan banjir.

“Ini kerana semua bot agensi penyelamat digunakan sepenuhnya untuk tugas memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Jadi, rasanya SKMM perlu mempunyai bot sendiri untuk memudahkan pemantauan talian telekomunikasi ketika musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Fairojibanu Zainal Abidin.

Shahaniza berkata SKMM dan syarikat pengendali telekomunikasi juga perlu mengambil tindakan segera terhadap gangguan liputan telekomunikasi yang teruk ketika musim tengkujuh termasuk di Kuala Krau, Temerloh dan Kuala Lipis.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat pengendali telekomunikasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka…serta mengetahui apa langkah yang sudah atau akan diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd