• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Maut Akibat Jerebu Teruk Di Indonesia?

oleh AK-47
08/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI Indonesia, tersebar khabar angin mengenai kes kematian kanak-kanak akibat infeksi saluran pernafasan yang berpunca daripada asap jerebu beracun di sana.

Sepertimana yang dikatakan di dalam mesej berantai berkenaan, kawasan terjejas teruk seperti di Pekanbaru dan Palangkaraya adalah kawasan yang amat bahaya di mana telah turun jerebu tebal yang berwarna putih.

Screenshot_2015-10-05-13-56-23

Mesej yang giat diperkongsikan di Whatsapp ini juga mengingatkan agar ibu-bapa mengawasi anak-anak dan berwaspada dengan hujan berasid semasa jerebu.

Benarkah desas-desus yang tersebar meluas ini?

Bagi mengetahui perkara sebenar, kami melihat perkembangan semasa yang berlaku di Indonesia, namun sehingga kini masih tidak dilaporkan mengenai kes kematian yang berpunca daripada asap jerebu teruk di sana.

Portal berita seperti Kompas dan Detik.com sehingga kini masih lagi tidak melaporkan mengenai kes kematian sepertimana yang dihebohkan oleh khabar angin berkenaan.

Namun desas-desus yang tersebar ini mungkin ada benarnya juga di mana, kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan seperti di Palangkaraya telah mencecah sehingga ke tahap terburuk iaitu setinggi 2,000!

Menurut laman sesawang Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan tersebut meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.

Jika IPU yang berada pada bacaan setinggi 1,000 sekalipun telah membuatkan udara begitu berasid dan amat berbahaya sekiranya disedut, bagaimana pula dengan IPU 2,000 ni ya?

Jadi bagi kami adalah tidak mustahil sekiranya terdapat kes kematian yang berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang peparunya tidak begitu kuat berbanding orang dewasa.

Di Malaysia juga, turut tersebar kes seumpama ini yang mana seorang bayi dikatakan telah meninggal akibat daripada asap jerebu yang mana, kesahihan perkara tersebut masih lagi di bawah siasatan.

Foto Bayi Meninggal Dunia Didakwa Akibat Jerebu Tersebar

Apa yang pasti, adalah sebaiknya kita mengambil langkah awal dan persediaan bagi menghadapi jerebu yang kian teruk ini.

Cuma satu sahaja persoalan kami, bersediakah Malaysia sekiranya bacaan IPU di negara mencecah ke tahap 2,000? -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: IndonesiaJerebukematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd