• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Johor Didakwa Tidak Amanah

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – PAS Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas PAS di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada PAS sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada PAS bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

“Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar PAS akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.

“Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk PAS walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak PAS.

“Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini, tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika PAS mempunyai peluang untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik PAS Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.

dzulkeflyahmad_27092014_620_417_100
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad

“Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan PAS sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah.

“Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan PAS,” katanya.

Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama PAS Johor.

“PAS perlu bersikap terbuka, tidak adil untuk tuduh kita perampas seolah-olah menggambarkan Amanah sebagai parti yang zalim.

“Malah kita hanya menerima dua bangunan sahaja iaitu di Pontian dan di Bakri yang diwakafkan semula oleh pemiliknya kepada Amanah,” katanya. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=b1sJDlObkKQ

Tags: Parti Amanah NegaraPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd