• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aduan Mengenai GST Melalui Whatsapp Diambil Tindakan

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Bagi melancarkan lagi pemantauan harga barang dan pelbagai urusan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan Terengganu membuat penambahbaikan dalam menangani aduan yang diterima daripada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga bersedia memberi maklum balas segera terhadap aduan oleh pengguna walaupun ia hanya dilaporkan melalui laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

“Ini satu lagi pembaharuan dilakukan, dan kerajaan negeri sangat mengambil berat tentang aduan rakyat mengenai perkara ini….sebab itu kita mahu KPDNKK juga menyiasat aduan yang dilaporkan melalui aplikasi itu.

“Aduan awal, walaupun secara tidak rasmi pun perlu diambil tindakan seterusnya. Jika terbukti aduan itu benar, tindakan susulan perlu dilakukan dan kali ini perlu dilakukan mengikut prosedur rasmi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival @MyMasjid di Kerteh 5, di sini hari ini.

Roslee berkata kerajaan negeri serius untuk membantu melancarkan lagi urusan perniagaan dalam kalangan peniaga, dan pada masa sama tidak mahu perkara itu membebankan pengguna.

“Sebab itu, kerajaan sentiasa menasihatkan dan memberi tunjuk ajar kepada peniaga di tempoh awal ketika GST dilaksanakan kerana kita faham beberapa kekeliruan yang timbul berikutan pelaksanaan cukai itu.

“Namun, masa yang diberi sudah lama dan ketika ini petugas KPDNKK Terengganu sentiasa turun padang untuk menyiasat semua aduan berasas yang diterima secepat mungkin untuk tindakan susulan,” katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat memainkan peranan sebagai pengguna yang bijak dan kerjasama antara mereka dan kerajaan negeri akan menjadikan semua urusan ekonomi berjalan lancar. – BERNAMA

 

 

Tags: aduan penggunaGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd