• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Yang Tutup Akibat Jerebu Tidak Perlu Diganti

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekolah-sekolah yang ditutup akibat keadaan jerebu tidak perlu menggantikan sesi persekolahan mereka, kata Menteri Pendidikan, Datuk seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata keputusan itu diambil supaya tidak membebankan pihak pengurusan sekolah menggantikan sesi penutupan tersebut.

Bagaimanapun, semua guru yang terlibat agar mempercepatkan serta menggunakan budi bicara masing-masing bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh sssi persekolahan 2015, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan peperiksaan awam akan tetap diteruskan mengikut jadual sekiranya keadaan jerebu masih berpanjangan.

Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 12 hingga 15 Okt ini, Sijil Pelajaran Malaysia (2 Nov hingga 8 Dis), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dari 19 hingga 27 Okt.

“Peperiksaan adalah aktiviti yang berlaku di dalam bangunan dan tidak dianggap sebagai aktiviti luar. Justeru, peperiksaan akan diteruskan walaupun sekolah ditutup setelah bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) mencapai lebih daripda 200,” katanya.

Mahdzir berkata penangguhan peperiksaan awam adalah pilihan terakhir sekiranya bacaan IPU mencapai 500 iaitu tahap berbahaya kepada kesihatan dan darurat diisytiharkan oleh kerajaan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah menutup sejumlah 4,561 buah sekolah dari sembilan negeri melibatkan 2,617,432 murid kerana bacan IPU mencecah bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat sejak 15 hingga 30 Sept lepas.

Beliau berkata sembilan negeri yang terlibat itu ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrjaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sarawak dan Perak.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan jerebu dan tidak akan berkomproni dengan mana-mana perkara yang boleh memudaratkan kesihatan murid-murid. – BERNAMA

 

Tags: JerebuSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd