• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Lelaki Termasuk 2 Tentera Ditahan Ketika Berjudi

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Sembilan lelaki termasuk dua anggota tentera ditahan ketika sedang berjudi secara dalam talian menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah khemah di Taman Kluang Barat, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kesemua mereka yang asyik berjudi itu ditahan pada kira-kira 1.30 pagi menerusi Ops Dadu/Mesin Perjudian selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan kegiatan terbabit, empat hari lepas.

“Khemah bertutup terbabit didirikan di belakang deretan premis perniagaan dan polis kini sedang mengenal pasti dalang yang terlibat dengan kegiatan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.

Mohamad berkata seorang daripada lelaki yang berumur antara 27 dan 35 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau dan pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya mendapati ia mengandungi pelbagai video lucah.

Beliau berkata kesemua sembilan telefon bimbit milik lelaki berkenaan dirampas selain dua komputer riba dan sebuah modem komputer yang digunakan untuk tujuan berjudi.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kesemua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementra itu, dalam kes berasingan, Mohamad berkata pihaknya turut menahan seorang wanita Thailand dan seorang wanita termpatan dalam serbuan Ops Noda di sebuah premis pusat kecantikan wanita di Taman Intan, di sini, pada 10 malam tadi.

Beliau berkata serbuan hasil maklumat awam berkaitan kegiatan premis itu yang menjalankan aktiviti rumah urut dengan berselindung di sebalik perniagaan pusat kecantikan.

“Wanita rakyat Thailand berumur 30-an itu merupakan tukang urut manakala wanita tempatan berumur 40-an itu pula dipercayai majikan.

Pemeriksaan turut mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan refleksologi atau spa yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63. – BERNAMA

 

Tags: JUDIlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd