• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Yuen

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Yuen Yuet Leng di Xiao En Centre, Cheras hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri disambut bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen dan anggota keluarga Yuen sebaik tiba di pusat tersebut pukul 2 petang.

Ahmad Zahid kemudian bertafakur seminit berhampiran mayat Yuen yang diletakkan dalam keranda putih dan kemudian menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mendiang.

zahid_pays_respects_yuen_yuet_leng_620_396_70

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga berada di pusat itu turut berbual-bual dengan Timbalan Perdana Menteri dan anggota keluarga Yuen.

Yuen yang juga bekas ketua polis Perak meninggal dunia di kediaman anak perempuannya di The Mines, Seri Kembangan pada kira-kira 6 pagi semalam berikutan masalah jantung dalam usia 88 tahun.

Mendiang terkenal dengan jasanya sebagai salah seorang perunding utama Rundingan Damai Hatyai, dan bersama dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ke China bertemu pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, Abdullah C.D dan Rashid Maidin.

Malah beliau juga pernah cedera ditembak di dada dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Grik pada 1951 tatkala Chin Peng, Setiausaha Agung PKM.

Yuen meninggalkan isteri Puan Sri Chan Choy May, 68, dua anak perempuan Susan Yuen Sumin, 56, dan Marina Chan Chean Gaik, 54, dan dua cucu berusia 20-an.

Mayat mendiang ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras sehingga Sabtu ini bagi membolehkan anggota keluarga dan sahabat-handai memberi penghormatan terakhir. – BERNAMA

Tags: polisZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd