• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesian… Wanita Mahu Tolong Bapa Tapi Dihentam Netizen

oleh AK-47
04/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMALUKAN… jelas pemikiran segelintir masyarakat di Malaysia ini masih cetek dan berada di takuk kuno!

Gara-gara meminta bantuan melalui status di Facebook menggunakan Bahasa Inggeris, seorang wanita ini akhirnya dikutuk dan dihentam netizen yang jelas memiliki tahap pemikiran yang tidak terbuka.

Niat wanita yang menggunakan nama Khairunhanisah Azlan Hanif di Facebook ini sebenarnya ingin membantu bapanya yang mengalami kerugian kerana keretanya yang baru sahaja dirompak.

Beberapa barang penting serta dokumen mengenai penyakit bapanya telah hilang dan memohon bantuan rakan-rakan di laman sosialnya itu untuk kembalikan kepada mereka sekiranya terjumpa.

Walau bagaimanapun, tindakan wanita itu dikritik dan dihentam oleh pengguna laman sosial hanya kerana menggunakan Bahasa Inggeris yang kononnya tidak memartabatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu.

Alahai, macam mana nak maju jika Bahasa Inggeris mudah sebegitu pun sukar untuk difahami? 5 tahun lagi negara ini bakal menuju ke arah Wawasan 2020 tapi tahap pemikiran masyarakatnya pula masih ditakuk lama.

Isu kecil sebegini bila diperbesarkan seolah-olah menunjukkan pemikiran yang tidak matang. Jika ada yang benar-benar tidak faham dengan penulisan wanita itu, bacalah terjemahan mengenainya di bawah ini:

wm1

Assalamualaikum w.b.t, saya hargai kerjasama dari anda! Seseorang telah memecah masuk ke dalam kereta ayah saya menerusi tingkap belakang dan kebanyakan barang penting telah dicuri.

Barang yang hilang adalah sebuah beg serta semua dokumen atau laporan perubatan dari HuKm (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia), wang ringgit serta ubat penyakit kansernya.

Kami sangat memerlukan semua laporan itu semula kerana bapa saya baru sahaja menghidap penyakit kanser.

Semua butir-butir, temu janji serta rawatan susulan ada di dalamnya. Saya perlukan bantuan anda untuk pulangkan semula beg dan dokumen tersebut kepada kami jika terjumpa.

Nama ayah: Azlan Hanif Bin Mohd.

Lokasi: Tempat letak kereta di hadapan Grand Dorsett Subang

Masa: Kira-kira 8.15-8.45 malam

Haaaa… kalau tak faham lagi tak tahulah kan… sudi-sudilah membantu wanita yang dalam kesusahan ini.

Dan sekiranya tak dapat membantu atau tiada apa-apa kata positif yang boleh disarankan, lebih baik diam. – MYNEWSHUB.CC

Screen-Shot-2015-10-02-at-1.51.29-AM

Screen-Shot-2015-10-02-at-1.25.42-AM

Screen-Shot-2015-10-02-at-1.34.48-AM

https://www.youtube.com/watch?v=OpYgLl12ITo

Tags: isu virallaman sosialviral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

23/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang...

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd