• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tarikh Tamat Ops Mencari 7 Murid Orang Asli Hilang

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Kerajaan tidak menetapkan tarikh tamat dalam operasi pencarian tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang Kelantan, yang hilang sejak 23 Ogos lalu, meskipun kehilangan mereka genap hari ke-40 khamis.

Timbalan Menteri II Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata operasi pencarian itu akan diteruskan sehingga berjaya, kerana ia adalah tanggungjawab dan tanda keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli.

“Kita tidak mahu sebut berapa kos yang telah dibelanjakan dalam usaha mencari anak-anak Orang Asli yang hilang ini, tetapi ini bukan belanja yang kecil.

“Namun, kita tidak kisah berapa banyak yang kita habis asalkan matlamat kita tercapai dan kita dapat berjumpa kembali dengan anak-anak yang hilang ini,” katanya di sini, hari ini.

KUALA LIPIS  01 Oktober 2015. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah II, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama murid sekolah dari masyarakat  Orang Asli ketika  hadir ke Program Ramah Mesra Dan Lawatan Kerja ke Sekolah Kebangsaan Lanai dan Kampung Pantos. STR/Nazirul Roselan
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah II, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama murid sekolah dari masyarakat Orang Asli ketika hadir ke Program Ramah Mesra Dan Lawatan Kerja ke Sekolah Kebangsaan Lanai dan Kampung Pantos. – Foto STR/Nazirul Roselan

Ahmad Jazlan berkata demikian selepas mengadakan Lawatan Kerja dan Ramah Mesra Warga Sekolah Kebangsaan Lanai dan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (Prosdet) Kampung Pantos di sini, yang turut disertai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Isa Abdul Hamid.

Beliau menambah kesungguhan kerajaan dalam mencari kanak-kanak itu juga dapat dilihat pada jaminan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan kawasan pencarian daripada kawasan hutan kepada bandar kecil berhampiran seperti Gua Musang dan Cameron Highlands.

Selain itu, kawasan pencarian di hutan berbukit Pos Tohoi juga telah diperluaskan dari radius 80 kilometer (km) kepada radius 140km, tambahnya.

Sehubungan itu, Ahmad Jazlan mahu ibu bapa kanak-kanak itu untuk bersabar dan yakin bahawa kerajaan tidak mengambil mudah dalam isu berkenaan, meskipun terdapat tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan bertindak sebaliknya.

“Tentang kehilangan ini, mereka boleh berkata apa yang mereka mahu…tetapi kerajaan telah melakukan sedaya upaya. Jadi mereka mesti hargai sedikit jasa yang dilakukan hampir 400 anggota pelbagai agensi yang saban hari berada di sana.

“Ada (anggota) yang hanya selepas 10 hari baharu balik. Mereka bertungkus-lumus. Tuduhan seperti ini sebenarnya sengaja untuk mengelirukan masyarakat dan beri tanggapan negatif kita sengaja abaikan kebajikan masyarakat Orang Asli,” katanya.

GUA MUSANG 19 September 2015. ( KBM991N ) Pasukan penyelamat bersiap sedia menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli yang masih hilang di hutan dekat Pos Tohoi. Ihsan PDRM

Tujuh kanak-kanak itu terdiri daripada enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan dan setakat ini operasi menjejak dan mengesan mereka membabitkan lapan agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan unit Senoi Praaq daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terdiri daripada Orang Asli yang mempunyai kemahiran dalam operasi di hutan.

Sementara itu, dalam lawatannya, Ahmad Jazlan menasihatkan masyarakat Orang Asli memberi penekanan dalam bidang pendidikan supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.

Katanya, kerajaan menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk anak-anak Orang Asli mencapai kejayaan, termasuk kemudahan memasuki sekolah berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di bawah seliaan KKLW selain memberi peluang melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. – BERNAMA

Tags: muridOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd