• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera Palestin Berkibar Di PBB Buat Julung Kalinya

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU – Buat julung kalinya dalam sejarah, bendera Palestin berkibar di pekarangan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dekat New York, Amerika Syarikat (AS).

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyempurnakan upacara menaikkan bendera itu pada Rabu (Khamis di Malaysia) dalam upacara penuh bersejarah yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman sebagai mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia turut hadir pada upacara penuh bersejarah itu yang berlangsung di Rose Garden, PBB.

Pihak Berkuasa Palestin memperoleh status pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012. Sejak itu wakil Palestin berusaha menjadi anggota penuh namun rancangan tersebut sering ditolak kerajaan AS dan Israel.

Baca: Bendera Palestin Dibenar Kibar Di Ibu Pejabat PBB

palestin

Perhimpunan Agung pada 10 September bagaimanapun membenarkan Palestin mengibarkan bendera kebangsaannya di ibu pejabat dan pejabat-pejabat di PBB selepas meraih 119 undi, 8 menolak dan 45 berkecuali.

Mahmoud dilaporkan menyifatkan upacara menaikkan bendera tersebut sebagai simbolik kepada ‘saat harapan’.

Konflik Palestin-Israel telah berlarutan kira-kira enam dekad susulan pencerobohan dan kependudukan Israel di negara itu.

Lebih 70 resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam usaha menyelesaikan konflik itu sejak 1948 selepas badan dunia itu ditubuhkan pada 1945 tetapi masih tidak berjaya menamatkan konflik itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran dilaporkan berlaku hampir setiap hari antara umat Islam Palestin dan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BTm0VuV2kzM

Tags: PalestinPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd