LONDON – Seorang wanita bernama Lisa bertindak membuat ucapan memalukan kepada suaminya yang curang menerusi sebuah papan iklan di Sheffield, utara England.
Lisa juga bertindak bijak dengan memilih papan iklan di tepi sebuah lebuh raya yang sibuk.
Ucapan tersebut berbunyi: “Kepada suami curang, Paul. Anda berhak bersama (teman wanita). Saya tiada di rumah. Nikmati perjalanan anda ke tempat kerja! Lisa.”
Menurut syarikat pengiklanan tersebut, Kong Outdoor memberitahu Lisa sudah memesan papan iklan tersebut sejak dua minggu sebelum ini.
“Beliau sudah merancang awal, sudah mempunyai tarikh (untuk meletakkan iklan),” kata wakil, Mark Catterall kepada stesen berita CNN.
Papan iklan tersebut berukuran 5.6 meter panjang dan 2.6 meter lebar kemudian dinaikkan pada waktu puncak, 6 pagi sehingga 9 malam Rabu, minggu lalu.
Kata Mark, kesan tidak baik mungkin menimpa pihak yang terlibat, tetapi papan iklan juga pernah digunakan sebagai medium untuk lamaran perkahwinan.
Pengguna netizen juga tidak melepaskan peluang dengan memuat naik foto papan iklan tersebut bersama-sama lawak jenaka.
“Bercerai dengan bergaya mengikut cara Sheffield,” kata Peter di Twitter. – CNN