KUALA LUMPUR – Seramai 30,810 calon akan menduduki sesi temuduga bagi mengisi jawatan sebagai Penguatkuasa Kastam Gred W41 bermula 7 Oktober ini.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam satu kenyataan memberitahu, sesi temuduga untuk mendapatkan jawatan itu akan berlangsung sehingga 27 Oktober 2014.
“Sehubungan itu, calon-calon terlibat diminta membuat semakan maklumat dan mencetak surat panggilan temuduga mereka,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon Penguatkuasa Kastam Gred W41 terbabit boleh membuat semakan dan cetakan dari 3 hingga 27 Oktober ini di laman web S.P.A, www.spa.gov.my. – mynewshub.cc

