• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Bantah Campur Tangan Kerajaan China

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan urusan hal ehwal dalaman Malaysia tidak boleh dicampuri oleh mana-mana negara luar termasuk China.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak mengambil kesempatan atas isu yang berlaku untuk mengundang ketidakstabilan dalam negara.

“DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak kedutaan China bagi meredakan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Khalil dalam pada itu berharap Kementerian Luar bertindak segera untuk menyelesaikan isu campur tangan politik Malaysia oleh kerajaan China tersebut di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkan ia berlarutan.

Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan Duta, Dr Huang Kui Kang ke Petaling Street baru-baru ini dengan menegaskan lawatan itu semata-mata sebagai lawatan muhibah.

Kerajaan Malaysia meminta Kedutaan China memberi penjelasan berkenaan lawatan Huang ke Petaling Street dan kenyataannya yang dianggap cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Media pro-pembangkang sebelum ini melaporkan Kui Kang sewaktu hadir di Petaling Street menegaskan kerajaan China tidak akan membiarkan kaum Cina Malaysia ditindas dan dianiaya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: duta chinaPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd