• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Okt Pendengaran Permohonan KDN Tangguh Keputusan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangguhkan keputusan mahkamah yang membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri berhubung penggantungan dua akhbar milik The Edge Communications Sdn. Bhd.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Darryl Goon mewakili The Edge Communications Sdn. Bhd. dan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri.

Suzana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon penangguhan, sementara menunggu rayuan yang difailkan pada 22 Sept lepas berhubung keputusan mahkamah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Katanya penangguhan itu termasuk penaksiran ganti rugi dan kos.

“Jika penangguhan itu tidak dibenarkan, rayuan itu akan menjadi sia-sia. Itu adalah satu keadaan khas yang mewajarkan penangguhan,” kata Suzana.

Pada 21 Sept lepas, Hakim Asmabi membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung selama tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Asmabi turut memerintahkan supaya ganti rugi dialami dua penerbitan itu dinilai dan menetapkan kos perundangan berjumlah RM15,000.

Penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikatakan mengandungi penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat keselamatan serta kepentingan negara. – BERNAMA

Tags: KDNThe Edge
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd