• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Istana Selangor

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web yang tidak berasas.

“Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia daripada sebuah laman web tidak berasas.

“Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut,” katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh pihak Istana Selangor serta disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah.

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan Setiausaha Sulit Putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran ‘Rahim Tambychik’, semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu. – mStar Online

Tags: MurtadSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd