• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Ulangi PAS Punca Pakatan Rakyat Berkecai

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu menegaskan PAS punca Pakatan Rakyat yang diwujudkan sejak tahun 2008 berkubur pada Jun lalu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PAS berkata, PAS yang menyebabkan berlaku perbalahan dingin di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan akhirnya gabungan pembangkang itu `‎berkecai’.

“Ia (Pakatan Rakyat) ‎berkecai pada muktamar PAS Jun lalu apabila parti itu (PAS) melalui satu usul telah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Kesannya, persepakatan antara parti-parti pembangkang menjadi terumbang-ambing. Ia ditambah dengan perbalahan dingin yang berlangsung lebih daripada dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamad berkata, disebabkan perpecahan Pakatan Rakyat maka Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN ditubuhkan tanpa PAS.

Dakwanya, langkah itu merupakan satu tindakan berani oleh parti-parti pembangkang yang mahu bersatu semula untuk menentang kerajaan sedia ada.

“Rakyat mahu melihat arah tuju Pakatan Harapan dan yang paling penting manifesto rakyat menjelang pilihan raya umum,” katanya.

Mohamad dan beberapa pemimpin pro-Pakatan Rakyat disingirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu untuk mengelakkan pengaruh DAP dalam parti itu.

Berikutan itu, Mohamad dan bekas pemimpin PAS terbabit menubuhkan sebuah parti Islam baharu, PAN dan membawa ramai ahli PAS keluar daripada parti itu. – mynewshub.cc

 

Tags: Mat SabuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd