• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komuniti ASEAN Boleh Kukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Malaysia akan terus berkongsi pengalamannya bagi membantu memperkukuhkan kerjasama Selatan-Selatan untuk muncul sebagai kuasa yang berpengaruh bagi negara-negara membangun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata beliau yakin bahawa ASEAN yang akan menjadi sebuah Komuniti menjelang hujung tahun ini, kedua-dua Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain akan dapat menyumbang lebih banyak kepada kerjasama Selatan-Selatan.

Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN 2015.

“Malaysia terus bersedia untuk berkongsi pengalaman pembangunan kami, walaupun kami sendiri berada di landasan untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya pada Sesi Meja Bulat Peringkat Tinggi mengenai Kerjasama Selatan-Selatan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Sesi yang dihadiri oleh para pemimpin dari 20 negara itu dipengerusikan oleh Presiden China, Xi Jinping. Turut hadir setiausaha agung PBB Ban Ki-Moon.

Najib berkata sejak tahun 1980, Malaysia telah membantu negara-negara kurang membangun dalam bidang seperti perancangan ekonomi, kewangan dan perdagangan, pertanian, pendidikan, latihan teknikal industri dan diplomasi.

Sehingga kini, beliau menambah Kuala Lumpur telah memperuntukkan sebanyak $200 juta kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia, yang memberi manfaat kepada 29,000 peserta dari 141 negara.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa negara Selatan-Selatan perlu kekal bersatu dengan suara yang sama bagi menjadi kuasa berpengaruh di semua forum pelbagai hala, menyediakan diagnosis yang mendalam dan lebih tepat mengenai isu yang dihadapi oleh negara-negara membangun.

Memetik kata-kata terkenal China, “Apabila orang bekerja dengan satu minda, mereka boleh menggerakkan Gunung Tai”, Najib berkata kerjasama Selatan-Selatan boleh membantu mengukuhkan penekanan dalam membina ketahanan rakyat miskin dan mudah terjejas, khususnya negara-negara kurang membangun, daratan dan pulau kecil.

“Mereka terutamanya memerlukan bantuan dalam mengurangkan pendedahan kepada perkara berkaitan iklim, semula jadi dan kejutan ekonomi,” katanya.

Menyentuh mengenai Agenda 2030 PBB mengenai Matlamat Pembangunan Mapan, Najib berkata: “Apa yang dunia akan jadi nanti, kita tidak tahu dengan pasti.

Apa yang kita tahu, bagaimanapun, ialah selatan global akan terus meningkat, dan banyak cabaran dasar akan merentas sempadan, malahan merentas benua, alam semula jadi”.

Sesi meja bulat peringkat tinggi, antara lain, akan menyediakan platform untuk negara-negara Selatan menggesa negara maju untuk memenuhi komitmen mereka dan menggalakkan sistem PBB memberi sokongan kepada kerjasama Selatan-Selatan.

Najib kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke New York bagi menyertai lebih daripada 170 pemimpin dunia pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung PBB. – BERNAMA

 

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd