• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Saman MAB, 4 Lain

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga sepasang suami isteri yang juga penumpang pesawat MH370 mengemukakan saman kecuaian dan kemungkiran kontrak terhadap Malaysia Airlines Berhad dan empat yang lain, berhubung kehilangan dan kematian pasangan terbabit.

Pasangan itu, Tan Ah Meng, 46; isterinya Chuang Hsiu Ling, 45, pada ketika kejadian adalah pengarah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan.

Turut bersama mereka dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac tahun lalu itu adalah anak sulung mereka, Tan Wei Chew, 19.

Keluarga pasangan berkenaan yang memfailkan saman itu terdiri daripada dua anak mereka, Tan Wei Hong, 15, dan Tan Wei Jie, 13; Tan Hun Khong, 84, dan Lai Chew Lai, 82, (ibu dan bapa Ah Meng); serta Chuang Hung Chien, 75, (ibu Hsiu Ling).

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 28 Ogos lalu, kelima-lima plaintif menamakan Malaysia Airlines System Berhad; Malaysia Airlines Berhad; Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia (DCA); Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka berkata, Malaysia Airlines System Berhad memungkiri kontrak perjanjian apabila gagal memastikan pesawat berada dalam keadaan baik dan sempurna menyebabkan penumpang dan pesawat gagal dikesan.

Kecuaian itu, kata plaintif menyebabkan Wei Hong dan Wei Jie menjadi yatim piatu selain turut kehilangan abang sulung, menyebabkan mereka menderita kehilangan sokongan kewangan serta kasih sayang ibu bapa.

Plaintif berkata, Ketua Pengarah DCA gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh yang munasabah untuk berhubung semula atau melancarkan pencarian pesawat ketika kehilangan perhubungan.

Kata mereka, kehilangan pesawat boleh dihindarkan jika defendan keempat memantau radar dalam masa sebenar dan mengambil segala tindakan ketika kejadian, selain mendakwa Kerajaan Malaysia gagal menguruskan kehilangan pesawat itu secara berhati-hati dan telus.

Sehubungan itu, semua plaintif menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada mereka, ganti rugi am; ganti rugi kehilangan sokongan; ganti rugi teruk dan teladan, kos serta relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Sanggeet Kaur Deo yang mewakili semua plaintif ketika dihubungi berkata, mahkamah menetapkan pada 5 Oktober ini bagi pengurusan kes saman itu. – BHarian Online

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd