• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Ancaman Pengganas Di Ibu Kota, 3 Ditahan

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan tiga individu susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka terdiri daripada seorang warga tempatan serta warga Indonesia dan Syria.

Noor Rashid berkata kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

“Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia dilapor telah mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.

Noor Rashid menegaskan situasi keselamatan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka.

“Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan,” kata Noor Rashid. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd