• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 439 Kayu Balak Bernilai RM9,300 Di Sibu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 439 batang kayu balak bernilai RM9,300 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Lengan-Stubah dekat Sibu, tengah hari semalam.

Komander PPM Wilayah Lima, ACP N. Kalai Chelvan berkata rampasan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak itu dilakukan oleh lima anggota PPM Bahagian Sibu hasil maklumat orang awam.

“Dalam ‘Op Landai’ kira-kira 1.15 tengah hari semalam, bertindak hasil maklumat awam, sepasukan lima anggota PPM Bahagian Sibu bergerak ke lokasi menggunakan kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

“Hasil pemeriksaan di lokasi itu, mereka menemui empat longgokan kayu pelbagai saiz dan jenis yang telah siap dipotong berjumlah 439 batang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kalai Chelvan berkata siasatan mendapati kayu balak berkenaan disyaki diperoleh secara tidak sah dan merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

Berikutan itu, beliau berkata pihaknya merampas 439 batang kayu balak dan satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Merah di Sibu.

“Kes itu juga telah diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pembalakanpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd