• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebocoran Dokumen PAC, Dr Tan Harus Tuntut Siasatan Penuh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw seharusnya menuntut agar siasatan penuh dan telus mengenai bagaimana dokumen sulit PAC berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) boleh jatuh ke tangan penerbitan media asing.

1MDB dalam kenyataan di sini hari ini berkata Dr Tan, yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, pada masa sama perlu menasihatkan anggota parti itu, Tony Pua yang juga anggota PAC, bahawa seseorang itu tidak boleh memperkatakan tentang sesuatu perkara berdasarkan khabar angin atau tanpa bukti.

“1MDB menyambut baik nasihat oleh anggota Parlimen Kepong selama lapan penggal itu sebagai bijak dan tepat pada masanya, namun perlu mendapatkan bukti sebelum membuat tuduhan, dan mendukung kedaulatan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Kami percaya Dr Tan akan memberi nasihat yang sama kepada Tony Pua,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut tuduhan Pua itu adalah dakwaan yang dikitar semula terhadap 1MDB, tetapi apabila jawapan dan fakta diberi, beliau terbukti salah.

Bagaimanapun, Pua tidak akan mengendahkan fakta, mengubah topik dan menunggu untuk membuat dakwaan sensasi dan tanpa bukti yang seterusnya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada nasihat Dr Tan bahawa seseorang itu ‘tidak boleh menyatakan sesuatu perkara berdasarkan khabar angin’ berhubung kebocoran dokumen sulit PAC kepada media asing.

Kenyataan beliau itu disiarkan oleh portal berita, semalam. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

PAC Siasat Projek Pan Borneo Sabah, Akan Rujuk SPRM Jika Temui Salah Laku

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen memutuskan untuk memulakan siasatan berhubung pengurusan, tatakelola kewangan dan pelaksanaan fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd