• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Umum Tidak Sertai Pakatan Rakyat 2.0

oleh Ahmad Albab
25/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS membuat keputusan tidak menghadiri perbincangan meja bulat parti-parti pembangkang yang berlangsung pagi ini bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak menyertai perjumpaan itu walaupun dijemput oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“PAS menghargai jemputan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

“Namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim dalam pada itu turut menegaskan bahawa tiada sebarang kerjasama akan terbentuk dengan DAP mahupun Parti Amanah Negara (PAN).

PKR, DAP dan PAN mengadakan perbincangan meja bulat di Selangor hari ini bagi membincangkan pembentukan gabungan baharu parti pembangkang.

Ketiga-tiga parti itu pada awalnya mahu mengenepikan PAS dalam gabungan baharu tersebut kerana percanggahan pendapat mengenai hukum Islam.

Bagaimanapun, PKR membuat pusingan U dengan mempelawa PAS menyertai gabungan baharu tersebut kerana bimbang akan kehilangan undi Melayu.

Ia berikutan kurang kaum Melayu menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara baru-baru ini bagi mendesak kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan PKR. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/u4ms7IKq7Do

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd