• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silat: Kenyataan Samad Said Menghina, Kata Pesaka

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dianggap ‘menghina’ orang Melayu, khususnya pengamal seni silat apabila mendakwa seni pertahanan diri itu sebagai tidak lagi praktikal untuk zaman ini, menurut Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata kenyataan Samad bahawa silat hanyalah khazanah untuk dipertunjukkan dan bukan untuk mempertahankan diri juga satu kenyataan yang kurang matang daripada seorang sasterawan yang menjangkau usia 80 tahun.

“Apabila beliau membuat kenyataan begitu, ia menghina ribuan ahli yang sedang belajar silat. Saya berani jamin, dalam (kebanyakan) keluarga orang Melayu, pasti ada sekurang-kurangnya seorang ahli yang belajar silat,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di sini, hari ini, Zulkarnain berkata walaupun ada senjata moden, ia tidak boleh dibawa ke semua tempat untuk menjaga keselamatan diri.

“Silat adalah pakaian orang Melayu, apabila beliau (Samad) menghinanya, secara tidak langsung membuka ruang untuk sekali lagi orang Melayu terbangkit dan rasa tercabar,” katanya, yang menambah ilmu silat bukan dipelajari semata-mata untuk berlawan tetapi merupakan satu cabang pembinaan karakter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada program Himpunan Silat Pesaka Merdeka Jumaat lepas mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

Samad, yang merupakan anggota DAP, dilaporkan berkata silat sudah menjadi khazanah untuk dipertunjukkan dan tidak sesuai untuk mempertahankan diri lagi pada satu forum Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: A Samad SaidPesaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Perumahan Madani Akan Diperincikan Di Sekitar Kuala Lumpur

Haikal Jatuh Dalam Gelanggang, Kepala Terhentak Ke Lantai – Setiausaha Agung PESAKA

03/03/2024
0

SEREMBAN: Pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia di hospital di sini, awal pagi tadi, telah jatuh...

DBP Akan Terus Pujuk A.Samad Said

27/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A.Samad Said...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd