• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut Hingga 8 Okt, Turut Liputi Beluran

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 8 Okt dan turut diperluaskan ke daerah Beluran.

Beliau berkata keseluruhan kawasan perintah berkurung itu kini meliputi 2236.52 jarak nautika dari kawasan utara Sandakan hingga perairan Beluran.

Katanya, arahan bagi kawasan perintah berkurung itu diperluaskan ke tujuh daerah berbanding enam daerah sebelum ini dikeluarkan selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan beberapa pihak.

“Perluasan ini untuk mengukuhkan lagi keselamatan perairan di Sabah. Kita percaya kawasan ini juga mempunyai banyak ‘pintu tikus’ yang boleh dibolosi sehingga ke daratan sepanjang kawasan Esszone. Ini perlu dikawal demi keselamatan dan mengelakkan jenayah rentas sempadan berlaku.

“Kita khuatir banyak kes jenayah daripada Penculikan Bagi Tebusan (KFR) yang cuba masuk melalui kawasan ini,” katanya dan turut mengumumkan fasa ke-27 perintah berkurung di kawasan Esszone yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 8 Okt, berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi.

Sebelum ini, perintah berkurung yang mula dilaksanakan sejak 19 Julai tahun lalu dikuatkuasakan di perairan enam daerah di Esszone iaitu Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Semporna dengan keluasan 121,270 jarak nautika.

Jalaluddin dalam pada itu berkata, perluasan itu juga mengambil kira tiga pulau pelancongan yang diwartakan sebagai Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) yang terletak di kawasan Beluran.

Katanya, setiap bulan lebih 140 pelancong daripada England, Switzerland, Amerika Syarikat dan Jerman berada di kawasan SIMCA untuk meneroka dan menjalankan kajian di dasar laut.

“SIMCA meliputi tiga pulau pelancongan iaitu pulau Langkayan, Tegaipil dan Billean. Kita khuatir berlakunya kes penculikan di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsszoneSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd