• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Tuntut Mayat Mendiang Kevin Morais Di HKL Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat Anthony Kevin Morais akan dituntut oleh keluarganya daripada Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, Rabu ini.

Adik bongsu Timbalan Pendakwa Raya itu, Datuk Richard Morais berkata mayat abangnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi, di sini, pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.

“Proses ujian deoksiribonukleik (DNA) sudah selesai dan kami hanya menunggu kepulangan abang saya Charles Morais dari Amerika Syarikat, yang dijangka tiba pagi esok sebelum menuntut mayat mendiang Rabu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata mendiang akan ditempatkan di Nirvana selama empat hari bagi upacara penghormatan terakhir.

Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.

Mayat beliau ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana.

Tujuh lelaki ditahan setakat ini sementara dua lagi suspek lelaki M.Vishwanath, 24 dan R. Dinishwaran, 22 diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=0Slpur4zdLE

Tags: Anthony Kevin MoraisMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd