ISTANBUL – Lebih 100,000 penduduk, kebanyakannya mengibarkan bendera Turki membuat bantahan antikeganasan di ibu kota ini Ahad, ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan melakukan tentangan hebat ke atas pemberontak Kurdis.
Mereka membanjiri Dataran Yenikapi di tepi pantai Laut Marmara untuk bantahan itu yang akan disudahi dengan ucapan oleh Erdogan.
Khamis lalu, ribuan penunjuk perasaan mengambil bahagian sama di ibu kota Ankara bagi mengutuk Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang membunuh berpuluh anggota polis dan tentera dalam siri serangan di tenggara, majoritinya penduduk Kurdis sejak runtuhnya gencatan senjata dua tahun, Julai lalu. – AFP /BH ONLINE
https://www.youtube.com/watch?v=-WVtY0Ue90I

