• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Puji Peningkatan Rating UM, USM dan UPM

oleh Ahmad Albab
20/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menyambut baik peningkatan ranking Universiti Malaya (UM) yang melonjak kepada kedudukan 146 berdasakan rating `QS World University Rankings 2015/2016′.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya turut memuji Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana masing-masing meningkat kepada kedudukan 289 dan 331.

“Ia menggambarkan status universiti di Malaysia yang semakin baik dan usaha mengangkat martabat akademik di negara ini perlu dipertingkatkan lagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, pencapaian tersebut bagaimanapun perlu diseiringkan dengan peningkatan kualiti pendidikan dan kebajikan kepada para pelajarnya.

Beliau memberi contoh isu pendidikan percuma yang masih belum mendapat reaksi yang positif daripada pihak kerajaan.

Nik Mohamad Abduh turut membangkitkan tentang sasaran 24,300 pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan 40,000 pemegang Ijazah Sarjana yang disasarkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Beliau turut mempersoalkan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menyebabkan ramai graduan terpaksa menanggung hutang. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=o62FWAmTQqs

Tags: PASUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd