• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Perak Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji St John Ambulans M’sia

oleh Ahmad Albab
20/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Ahad berkenan berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji St John Ambulans Malaysia (SJAM) Perak Darul Ridzuan di Padang Perbandaran Ipoh, di sini.

Mengiringi baginda ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pemerintah Agung SJAM Datuk Dr Low Bin Tick dan Naib Pengerusi SJAM Perak Datuk Dr Mah Hang Soon.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan memeriksa perbarisan pasukan yang terdiri daripada 1,500 anggota SJAM Perak sebelum istiadat mengarak panji-panji dilakukan.

Pasukan yang menyertai majlis istiadat mengarak panji-panji membabitkan empat unit pancaragam, 34 pasukan sekolah menengah dan 26 pasukan sekolah rendah.

Laungan bergemuruh ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali, kemudiannya dipersembahkan oleh anggota perbarisan menandakan penghujung upacara.

Sementara itu, Dr Mah dalam ucapannya berkata Perak merupakan satu-satunya negeri yang dianugerahkan Panji-panji Diraja bagi peringkat negeri dan kawasan.

“Panji-Panji Diraja hanya dianugerahkan kepada SJAM peringkat negeri atau daerah dengan keahlian melebihi 300 orang,” katanya.

Beliau berkata Perak merupakan negeri kedua menerima penganugerahan Panji-Panji St John Ambulans daripada Ibu Pejabat Antarabangsa St John Ambulans di London.

“Hari ini, kita menyaksikan berlangsungnya Perarakan Panji-Panji Diraja di bawah naungan Sultan Perak serta istiadat penganugerahan Panji Diraja kepada SJAM kawasan Tengah Perak. Ini merupakan penghormatan tertinggi kepada lebih 5,000 anggota SJAM di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata adalah menjadi harapan agar SJAM Perak bergerak seiring dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang makmur, aman, prihatin dan bersatu. – BERNAMA

 

Tags: Sultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd