• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian DNA Sahkan Mayat Ditemui Ialah DPP Morais

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit pada Rabu lepas ialah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata sampel DNA yang dihantar untuk tujuan pengecaman didapati sepadan dengan mayat yang dijumpai itu.

“Laporan kimia menunjukkan bahawa mayat yang disimen dan dijumpai tiga hari lepas itu adalah positif dengan sampel yang dihantar untuk analisis DNA bagi Kevin Morais,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainuddin berkata mayat itu masih dalam siasatan patologi dan punca sebenar kematian masih belum diketahui.

Mayat Morais, katanya, akan diserahkan kepada waris dalam masa terdekat.
Mayat seorang individu, dipercayai Morais, ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas dan kali terakhir dilihat ketika meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WA6264Q.

Tujuh lelaki ditahan setakat ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

Sementara itu, polis bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam dalam usaha mencari bahan bukti dipercayai ada kaitan dengan kes itu, yang disyaki dibuang di sebatang sungai di Kuala Selangor.

“Pasukan penyelam polis dan Jabatan Pertahanan Awam masih meneruskan usaha mencari barang kes di kawasan itu walaupun pada sebelah pagi tadi arus kuat dan disambung petang tadi,” kata Zainuddin. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd