• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaka Azraff Akui Tak Boleh Lupa Detik Disentuh Nicholas

oleh AK-47
19/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIBERI peluang berlakon bersama bintang pujaan dari Indonesia, Nicholas Saputra menerusi filem Interchange merupakan pengalaman paling bermakna buat penyanyi, pelakon dan pengacara Kaka Azraff.

Apatah lagi, filem arahan Dain Said memerlukan Kaka bergandingan bersama-sama dengan aktor kacak itu dalam beberapa babak.

Bercerita mengenai pengalamannya, Kaka mengakui berdebar dan dalam masa yang sama tidak dapat melupakan detik-detik tatkala wajahnya disentuh Nicholas.

“Walau hanya tampil sebagai cameo sahaja, namun ia pengalaman cukup besar dan bermakna buat saya kerana filem ini melibatkan kerjasama antarabangsa. 

“Awalnya saya tidak tahu akan berlakon dengan Nicholas sehinggalah hari pertama di lokasi. Rasa berdegup-degup jantung ketika itu melihat Nicholas di depan mata kerana saya juga adalah peminatnya menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta.

“Memori yang tidak boleh dilupakan ketika dia menyentuh muka saya. Perasaan ketika itu bagaikan bertemu dengan lelaki yang kita suka,” ujarnya kepada Mangga Online.

Sementara itu, Kaka memberitahu penglibatannya dalam dunia lakonan hanyalah suka-suka memandangkan keutamaannya adalah pada bidang nyanyian.

Filem Interchange yang dijangka berada di pawagan tahun depan ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan Prisia Nasution. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kaka azraffNicholas Saputra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaka Azraff Selamat Bergelar Isteri

15/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff, 29, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Adam Azriff,25, pada jam 9.53 malam...

Hati Remuk… Mahu Pelaku Diberi Hukuman Setimpal – Kaka Azraff

21/09/2018
0

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd