• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuching, Samarahan Catat IPU Sangat Tak Sihat Setakat 10 Pagi

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuching dan Samarahan dilapor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching merekod bacaan 209 berbanding 204 dalam tempoh sejam.

Samarahan turut mencatat kenaikan bacaan kepada 207 berbanding 200 pada pukul 9 pagi.

Jabatan Pendidikan Sarawak pagi tadi telah mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau setelah UPU mencatat bacaan tidak sihat.

Sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang ditutup Selasa dibuka semula hari ini. Sekolah juga ditutup semalam sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia.

Sementara itu 12 lagi kawasan mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU antara 100-200.

Ini termasuk Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (124), Nilai (107), Port Dickson (109), Seremban (114), Kapit (135), Sarikei (111), Sibu (105), Sri Aman (129), Banting (114), Shah Alam (105) dan Putrajaya (105).

Sebanyak 25 lagi kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana pagi ini antaranya Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut di Pahang; Seri Manjung di Perak; Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah; Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Cheras, Pasir Gudang, Tawau, Muar, Bintulu, Miri dan Limbang.

Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya di Selangor turut mencatat bacaan sederhana selain Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu dan Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas
berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: IPU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

Jerebu: IPU Di ILP Miri Catat Bacaan Berbahaya

22/08/2019
0

MIRI - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat pukul 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd