• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Perhimpunan Cetus Provokasi – Shafie Apdal

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal berkata perhimpunan yang bertujuan menyakitkan hati dan melakukan provokasi pihak lain semasa sambutan kemerdekaan atau Hari Malaysia perlu dielakkan.

“Perlu ada penghormatan kepada negara dan bukan dengan perhimpunan untuk tujuan yang tidak tentu kerana ia hanya memporak perandakan keharmonian kaum.

“Jangan sesekali mencemarkan sambutan berkenaan dengan perkara yang boleh mengakibatkan perpecahan dan perbalahan,” kata Anggota Parlimen Semporna itu ketika merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Bum-Bum, dekat sini Selasa.

Kenyataan beliau itu dilihat mempunyai kaitan dengan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di ibu negara esok.

Mohd Shafie berkata, program kemerdekaan dan Hari Malaysia perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Beliau berkata perpaduan kaum merupakan tonggak utama yang dapat memastikan keharmonian dan keamanan negara terus kukuh.

“Usaha berterusan dalam memastikan negara terus makmur perlu dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Himpunan Rakyat BersatuShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd