• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Masukkan Sabitan Anwar Dalam Kenyataan Pembelaan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal buat kali kedua dalam permohonan untuk memasukkan sabitan Sodomi II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembelaan mereka terhadap saman malu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan mereka dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang itu.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita permohonan itu ditolak atas alasan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 55 Akta Keterangan 1950 melarang penggunaan sabitan lalu untuk menggambarkan keperibadian buruk.

Pada 4 Sept, Utusan dan Abdul Aziz gagal dalam rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Anwar, 68, menyaman Utusan dan Abdul Aziz berhubung dua artikel mengenai beliau yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Jan, 2012, berhubung interbiunya (Anwar) dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Mahkamah Tinggi pada 21 Jan, 2013, membenarkan saman sivil Anwar dan mengarahkan ganti rugi dinilai.

Mahkamah Rayuan pada Januari tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Utusan dan Abdul Aziz memohon meminda kenyataan pembelaan mereka pada 2 Julai tahun lepas untuk memasukkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun itu, yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Mereka juga mahu memasukkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb tahun ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Penilaian ganti rugi dalam kes itu dijadual didengar pada 6 Okt. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimUtusan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd