• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Terus Guna Nama Parti Amanah Negara

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir tidak berpuas hati dengan larangan pengunaan nama parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan mengadakan kunjungan ke pejabat ROS dengan segera untuk memberi penjelasan terhadap salah tanggapan jabatan berkenaan berhubung penggunaan nama PAN.

“Saya dimaklumkan bahawa ROS telah mengeluarkan kenyataan melarang sebarang aktiviti atas nama PAN kerana pertukaran nama daripada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara masih belum diluluskan.

“Untuk makluman, kita telah menghantar permohonan menukar nama, logo, bendera dan beberapa pindaan struktur parti kepada pihak ROS,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Anuar memberi peringatan kepada ROS bahawa jabatan itu diberi amanah untuk pendaftaran pertubuhan termasuk parti-parti politik maka perlu menjalankan tugas secara profesional.

ROS semalam memaklumkan nama PAN tidak boleh digunakan sebagai nama baharu Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kerana pertukarana nama itu belum diluluskan.

ROS memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menggunakan nama PAN untuk sebarang aktiviti termasuk politik.

Bekas pemimpin-pemimpin PAS yang disingkirkan pada Jun lalu mengambil alih Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia dan mahu menukar nama parti itu kepada PAN.

PAN kononnya satu lagi parti yang ditubuhkan atas dasar Islam untuk menggantikan PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd