• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bai’ah Talak ‘Cederakan’ PAS – Khalid Samad

oleh Ahmad Albab
15/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Isu bai’ah taklik talak tiga yang dipertaruhkan PAS bagi menjaga kepentingan politiknya sehingga sanggup melihat kemusnahan istitusi kekeluargaan hanya akan merugikan dan merosakkan imej parti Islam itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau yakin sikap sedemikian didorong oleh rasa marah dengan hasrat mahu menjatuhkan maruah bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti secara beramai-ramai.

“Ia sepatutnya isu dalaman, tak perlu dihebohkan. Tapi dalam keadaan mungkin kerana marah terhadap Ahli Parlimen dan Adun yang meninggalkan PAS dan bersama dengan Amanah, maka nak jatuhkan imej kami yang keluar, persoalan bai’ah dan langgar bai’ah ini dimainkan.

“Tetapi sebenarnya saya merasakan bahawa ianya mencederakan PAS lebih teruk berbanding kami,” katanya dalam temubual bersama mStar Online baru-baru ini.

Menurut Khalid yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa penaja Parti Amanah Negara (Amanah), PAS gagal memahami keperluan sebenar bai’ah dalam menuntut ketaatan dan kesetiaan setiap wakil rakyatnya.

Jelas Khalid, PAS berpendirian bahawa kesetiaan kepada parti adalah perkara paling utama berbanding tanggungjawab seseorang wakil rakyat terhadap pengundinya.

Justeru tegas Khalid, beliau terpaksa mencari haluan baharu bersama Amanah bagi memastikan tanggungjawab yang digalasnya selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Memang kita sudah bersumpah, berjanji atas nama Allah bahawa kita tak akan lari daripada parti. Itu kita tak nafi, itu fakta. Tetapi masalahnya parti dah berubah haluannya.

“Bagi diri saya, saya diundi oleh orang yang menyokong perjuangan Islam dan orang yang menyokong Pakatan Rakyat. Lalu untuk memenuhi tanggungjawab kepada dua-dua kelompok ini, maka saya tak boleh lakukan melalui PAS.

“Rakyat menilai bahawa Ahli Parlimen dan Adun kena berkhidmat kepada rakyat, mereka undi bukan supaya kamu setia kepada parti. Tapi PAS mengambil sikap bahawa kesetian kepada parti adalah yang terpenting,” katanya.

Tambah Khalid, beliau kecewa apabila PAS sanggup melihat bekas pimpinannya ditimpa musibah hanya kerana mereka berbeza pandangan.

“Kesetiaan kepada parti tak relevan kepada rakyat, ini yang pimpinan PAS tak faham. Awak tekan sampai nak orang cerai berai, dilaknat sedangkan bagi kami (rakyat) puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, akhirnya PAS yang rugi.

“Bukan saya nak PAS ini rosak, pecah atau musnah. Kamu nak cara kamu, kamu teruskan. Biar kita buat cara kita. dan kita tengok mana yang lebih baik,” katanya.

Bai’ah kembali menjadi polemik apabila timbul isu taklik menceraikan isteri dengan talak tiga melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika mengangkat bai’ah PAS di Kelantan pada 2013.

Dalam bai’ah tersebut, dikatakan setiap wakil rakyat PAS di Kelantan yang mengambil keputusan keluar daripada parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob meminta Dr Hatta merujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dalam isu bai’ah tersebut.

Jelas Ahmad, lafaz taklik yang dibuat Hatta itu terpakai, sekali gus menganggap hubungannya dengan isterinya terbatal.

Dr Hatta merupakan antara 10 bekas wakil rakyat PAS yang bertindak keluar parti secara beramai-ramai bagi menyertai Amanah. – mStar Online

Tags: Khalid SamadPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd