• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Boleh Belajar Dari India Bagi Memulihara Tapak Warisan

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Rakyat Malaysia boleh mempelajari daripada pengalaman India dalam kerja-kerja pemuliharaan tapak warisan, kata Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata di samping bangga dengan tugas itu, mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini (pemuliharaan) juga perlu bersemangat dalam profesion mereka.

“Semasa lawatan saya ke Agra dan Jaipur, saya dapati kakitangan di kawasan bersejarah ini sentiasa mencatat sesuatu semasa membuat rondaan. Apabila saya bertanya, mereka berkata ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan sebarang butiran walau sekecil manapun memandangkan ia mungkin perlu dibangkitkan dalam mesyuarat pada hari berikutnya.

“Ini menunjukkan bagaimana telitinya mereka menjalankan tugas yang kadang-kadang begitu kurang dalam kalangan orang kita,” kata Dr Rais kepada Bernama selepas lawatan persendirian empat hari beliau di kedua-dua bandar bersejarah di sini semalam.

Rais berkata selain budaya kerja, beliau juga kagum dengan kerja-kerja pentadbiran dan kawalan orang ramai di lokasi berkenaan yang menarik perhatian ribuan pelawat setiap hari.

“Sebagai contoh, di Taj Mahal, Agra, terdapat ribuan pelawat setiap hari namun saya dapati sukar untuk menemukan sebarang tanda kemudahan atau struktur warisan yang ada di sana dirosakkan,” jelas Rais.

Beliau berkata ini mungkin disebabkan penduduk di sini secara umum begitu bangga dan amat memahami tentang kepentingan memulihara warisan dan budaya mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais juga berkata Malaysia memerlukan lebih banyak tukang cerita yang berpengetahuan luas tentang sejarah dan warisan negara.

“Kita perlu lebih daripada pemandu pelancong biasa, di mana tukang penyampai cerita boleh menyampaikan dengan lebih baik tentang fakta-fakta sejarah dan keunikan setiap tapak berkenaan kepada pengunjung,” kata Rais. – BERNAMA

 

Tags: Rais Yatimwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd