• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Linda Rafar Ke Mahkamah, Syed Aiman Nafi Lafaz Cerai

oleh AK-47
12/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi Linda Rafar hari ini dilaporkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor bagi menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai.

BACA: Hamil 3 Bulan, Linda Rafar Dakwa Dicerai Pagi Tadi

Linda yang masih trauma turut ditemani oleh tiga kenalannya ketika tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Mengulas mengenai permohonan yang dibuat, bekas anggota kumpulan Elite ini berharap suaminya, Syed Aiman akan bertanggungjawab dan tidak berterusan menafikan lafaz cerai yang telah diucapkan.

“Saya cuma minta satu iaitu dia (Syed Aiman) bertanggungjawab dengan perbuatannya dan buang ego.

“Saya fobia dengan apa yang berlaku tetapi anak-anak kekuatan saya dan ini adalah dugaan daripada Allah,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa sama, Linda yang kini hamil tiga bulan akui telah reda dengan apa yang berlaku dan akan terus tabah menghadapi segala dugaan demi anak-anak termasuk anak dalam kandungannya.

Terdahulu, Linda sepatutnya hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal berbuat demikian berikutan mengalami demam panas.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Syed Aiman menafikan telah melakukan lafaz cerai terhadap isterinya dan mengakui masih menyayangi isteri serta keluarganya.

Aktor kacak ini juga mendakwa terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Linda dan beranggapan ini mungkin akibat pembawaan budak.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, mendakwa suaminya telah melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu dengan bersaksikan ibu dan anaknya.

Mengikut peraturan Islam, lafaz cerai yang dilakukan suami ketika isteri sedang mengandung hanya jatuh talak selepas isteri melahirkan anak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=6D3-qgZwse0

Tags: Linda Rafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Linda Rafar Saman 100 Netizen, Tuntut Mohon Maaf

29/01/2019
0

SHAH ALAM - Penyanyi Azlinda Rafar atau dikenali Linda Rafar akan menuntut permohonan maaf ke atas lebih 100 individu yang...

“Kami Masih Bersama, Takut Orang Tak Suka…”

13/11/2018
0

PENYANYI Linda Rafar sering menerima pertanyaan daripada pengikut di laman sosial mengenai status rumahtangganya dengan pelakon, Syed Aiman. Linda atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd