• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Singapura Bermula Hari Ini, 832 Pusat Pengundian Dibuka

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Rakyat Singapura mula mengundi bagi pilihan raya umum (PRU) 2015 sebaik sahaja 832 pusat mengundi dibuka di seluruh negara pulau ini pada 8 pagi Jumaat.

Ini merupakan PRU ke-17 bagi Singapura dan ke-12 sejak merdeka pada pada 1965.

Ia juga merupakan PRU pertama selepas kematian perdana menteri pengasas Singapura moden Lee Kuan Yew dan dianggap sebagai paling komprehensif dan kritikal kerana ia akan menentukan hala tuju rakyat Singapura.

Calon daripada sembilan parti politik termasuk Parti Tindakan Rakyat (PAP), bertanding di 16 Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) dan 13 Kawasan Anggota Tunggal (SMC) untuk mengisi 89 kerusi Parlimen.

Lapan lagi parti ialah Parti Pekerja (WP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Singaporeans First (SF), Parti Rakyat Singapura (SPP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Perubahan (RP).

Buat pertama kali sejak 2001, dua calon Bebas, Han Hui Hui dan Samir Salim Neji, bertanding dalam PRU.

PRU ini juga menyaksikan beberapa kerusi menghadapi pertandingan sengit, antaranya GRC Al-Junied membabitkan lima anggota (WP ialah penyandang) dan GRC East Coast membabitkan empat anggota yang turut menjadi rebutan PAP dan WP.

Tanjong Pagar, kubu kuat PAP semasa di bawah pentadbiran mendiang Lee, yang meninggal dunia pada Mac tahun ini, kali ini turut ditandingi.

Bagi GRC Ang Mo Kio (enam kerusi), Setiausaha Agung PAP Lee Hsien Loong, yang merupakan Perdana Menteri, dan pasukannya terdiri Intan Mokhtar, Koh Poh Koon, Gan Thian Poh, Ang Hin Kee, Darryl David dicabar oleh calon RP iaitu M. Ravi, Osman Sulaiman, Roy Ngerng, Gilbert Goh, Jesse Loo dan Siva Chandran.

Sebanyak 18 pusat khas diwujudkan untuk calon-calon serta penyokong mereka serta orang ramai berkumpul sementara menunggu keputusan PRU diumumkan selepas pusat pengundian ditutup pada 8 malam.

Sementara itu di Sekolah Awam Pei Chun, Toa Payoh, satu daripada pusat pengundian bagi GRC Bishan-Toa Payoh, pengundi beratur seawal 7.30 pagi walaupun pengundian hanya bermula 8 pagi.

V.Mariammah, 65, daripada Lorong 8 Toa Payoh semasa ditemui pemberita memberitahu dia datang awal untuk mengelakkan kesesakan.

“Proses mengundi berjalan lancar kerana cuaca pada pagi ini baik,” katanya yang ditemani anak perempuannya.

Jamilah Johari, 39, yang turut tiba awal pada 8 pagi bersama-sama suaminya, Fedley Kamsan, 36, hanya mengambil masa 15 minit untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

“Ini merupakan kali kedua dalam hidup saya (mengundi) dan saya harap apa juga parti yang dipilih rakyat akan dapat memberi perhatian pada isu kesihatan dan perumahan,” katanya.

GRC Bishan-Toa Payoh, membabitkan perwakilan lima anggota menyaksikan PAP dicabar calon SPP.

PAP diwakili Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, Josephine Teo Chee Hong Tat, Saktiandi Supaat dan Chong Kee Hiong.

SPP diwakili Benjamin Pwee, Hamim Aliyas, Law Kim Hwee, Abdillah Zamzuri dan Bryan Long. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd