• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasa Serba Tak Kena Kalau Saya Tak Pakai…

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi sesetengah orang, akan merasakan gaya penampilan mereka kurang lengkap kalau pakaian mereka tidak dipadankan dengan aksesori tak kiralah sama ada rantai, gelang, cincin dan sebagainya.

Namun bagi pelakon remaja Elfira Loy, biar dia tidak memakai aksesori lain tapi jangan tak pakai jam.

“Saya memang tak suka sangat sebenarnya nak pakai aksesori macam gelang dan rantai. Kalau pakai gelang pun nampak longgar sebab tangan saya kecil. Tapi… saya tak boleh kalau tak pakai jam. Rasa serba tak kena kalau tak pakai jam.

“Setiap kali kalau nak keluar rumah, cukup dengan saya padankan baju saya dengan jam tangan sebagai aksesori. Kebiasaanya saya memang akan padankan baju dengan jam yang sesuai.

“Saya juga memang pengumpul jam dan setakat ni saya ada 20 utas jam tangan. Termasuklah koleksi paling mahal saya, seutas jam tangan jenama Salvatore Ferragamo”, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama jam tangan Ice Watch dengan tagline Change You Can, bertempat di e@Curve, semalam.

Tentang koleksi Ice Watch pula, Elfira memberitahu dia memang menggemari koleksi jam dari Belgium itu. Lebih-lebih lagi rekaan jam tersebut yang mempunyai pelbagai warna terang yang sudah pasti menyerlahkan personalitinya.

“Saya memang suka koleksi jam tangan Ice Watch ni. Saya ada seutas yang saya beli tak lama dulu. Saya suka jam ini kerana bukan saja rekaannya tapi ia ada pelbagai warna terang yang sesuai dengan umur saya.

“Kalau untuk koleksi terbaru ni saya tertarik dengan koleksi Glam Forest dan Glam Pastel sebab material tali jam ni yang lembut dan tahan lasak, sesuai dengan orang macam saya yang aktif ni. Kalau pakai jam ni, ia tak mengganggu saya bila nak menulis terutama ketika saya sedang belajar di dalam kelas. Sebab ada sesetengah jam tangan lain, kalau pakai dan bila nak menulis, rasa susah dan agak terganggu. Tapi Ice-Watch ni memangg selesa lah”, ujarnya yang juga merupakan kategori pemakai jam sebelah tangan kiri.

Dalam perkembangan lain, Elfira kini sedang menantikan tayangan filem terbarunya berjudul ‘Rentap’. Selain itu pada 8 Oktober ini dia akan berangkat ke Manchester United untuk menjalani sebuah penggambaran drama bersiri terbitan RTM. – Malaysian Digest

 

Tags: Elfira Loypelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd