• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chikungunya Merebak Ke Amerika Latin

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTO DOMINGO, Dominica – Nyamuk pembawa virus chikungunya yang baru dikesan di benua Amerika kurang setahun yang lalu kini semakin merebak dari Caribbean ke bahagian Amerika Tengah dan Amerika Selatan serta menjangkiti lebih satu juta penduduk.

Beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) dan jumlah mangsa semakin meningkat.

Walaupun penyakit itu biasanya tidak membawa maut tetapi wabak itu menyebabkan hospital dibanjiri pesakit, mengurangkan produktiviti ekonomi di sesuatu kawasan dan menyebabkan pesakit menderita kesakitan selama beberapa hari.

Para pegawai kesihatan di El Salvador, Venezuela melaporkan hampir 30,000 kes penyakit itu dikesan pada bulan ini meningkat berbanding 2,300 kes pada awal Ogos lalu.

Keadaan itu menyebabkan hospital-hospital di bandar itu dipenuhi pesakit yang mengalami tanda-tanda jangkitan wabak berkenaan termasuk demam panas dan sakit sendi yang teruk sehingga sukar berjalan.

“Kesakitan yang saya alami sukar digambarkan dan selama 10 hari saya tidak boleh bangun,” kata seorang pesakit, Catalino Castillo.

Kata para pegawai, sekurang-kurangnya 1,700 kes telah dilaporkan pada Jumaat lalu dan jumlah itu dijangka meningkat lagi.

Menurut laporan Organisasi Kesihatan Pan Amerika, chikungunya telah merebak di 12 buah negara di hemisfera barat sejak kali pertama di kesan di St. Martin, Perancis pada hujung tahun 2013. – AGENSI

Tags: Amerika SyarikatVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd