• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Puji Kerajaan Perkenal Indeks Syariah Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengalu-alukan langkah kerajaan memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM) bagi mengukur pentadbiran kerajaan dalam melaksanakan tuntutan syarak berdasarkan kepada lima ‘maqasid syariah’.

Lima maqasid syariah itu ialah memelihara agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, walaupun perincian ISM masih belum dibentangkan, namun PAS berharap agar ia dicorakkan berdasarkan epistemologi dan tasawwur Islam yang sebenar.

“Objektif pengurusan dan pentadbiran negara mestilah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ia boleh digapai hanya dengan memastikan bahawa segenap urusan yang berkaitan dengannya adalah dalam kerangka syariah.

“Atas keyakinan ini, ia pasti akan mengundang keberkatan, pengampunan dan rahmat daripada Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan media ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melancarkan ISM yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim).

Menerusi pelaksanaan indeks tersebut, Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang mewujudkan indeks syariah secara komprehensif bagi mengukur secara saintifik dari empat sudut iaitu ketepatan syariah di Malaysia.

Nasruddin berkata, langkah kerajaan mewujudkan ISM selari dengan tujuan penubuhan PAS untuk membangunkan Malaysia bersama Islam, bukan seperti manifesto penubuhan Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat yang terkeluar daripada cita-cita PAS.

“PAS menegaskan bahawa ISM yang akan diperkenalkan nanti mestilah diikuti secara tegas oleh kerajaan. PAS akan menunggu draf ISM tersebut disiapkan dan akan membuat pendirian rasmi mengenainya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KerajaanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd