• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dalam Kejadian Rompak Di Tasek Gelugor

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Seorang warga emas berusia 67 tahun maut manakala anak lelakinya berusia 20 tahun cedera di kepala selepas ditetak sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Padang Chempedak, di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Shamsudin Bakar yang dipercayai mengalami masalah sesak nafas maut selepas diikat kumpulan perompak berkenaan.

Dalam kejadian itu, kira-kira lima hingga enam lelaki telah masuk ke rumah mangsa yang ketika itu terdapat lima orang iaitu si mati dan isteri bersama anak lelaki serta menantu perempuan mereka dan seorang bayi sedang tidur.

“Seorang daripada anggota keluarga mangsa terdengar bunyi bising dan bangun sebelum disedari kumpulan perompak berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya kumpulan lelaki yang bertopeng dan bersenjatakan parang itu bertindak mengikat pasangan suami isteri berkenaan serta anak lelaki mereka manakala menantu perempuannya tidak diikat dan diarahkan diam jika tidak mahu dicederakan.

Zakaria berkata anak lelaki mangsa cuba melawan dan menyebabkan suspek marah serta menetak kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan, sebelum mereka kemudiannya melarikan diri sebaik memperoleh barangan kemas dan wang tunai bernilai RM5,000.

Beliau berkata anak mangsa menyedari ayahnya tidak bernafas selepas ternampak lelaki itu dalam keadaan terkulai dan cuba memberi bantuan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat, katanya.

Zakaria berkata usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, isteri mangsa Rubiah Hassan, 63, ketika ditemui berkata ketika kejadian beliau dan menantunya tidur di ruang tamu kerana menantu perempuannya itu sedang berpantang.

“Kami semua kena ikat kecuali menantu dan bayi…waktu tu mak cik memang takut dan hanya fikirkan keselamatan kami semua terutama suami dan cucu. Cara depa (suspek) bercakap macam pelat warga asing,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada suspek beberapa kali meminta maaf sebelum keluar dari rumah mereka. – BERNAMA

Tags: kes samunwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd