• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad: Hanya Perkara Baik Akan Berlaku Di Mesyuarat Esok

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di sebalik khabar angin bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO esok dijangka akan menjadi hangat, Ketua Penerangan parti itu Datuk Ahmad Maslan yakin bahawa hanya perkara baik sahaja yang akan berlaku di mesyuarat itu.

Beliau yakin mesyuarat MT itu akan berlangsung tanpa sebarang masalah walaupun ia akan dihadiri para anggota MT UMNO yang digugurkan daripada Kabinet baru-baru ini.

“Saya yakin mereka semua akan hadir esok. Ia tidak menjadi masalah kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO), Datuk Seri Shafie Apdal (Naib Presiden UMNO) dan Datuk Seri Hasan Malek (anggota Majlis Tertinggi UMNO) masih mempunyai jawatan yang penting dalam UMNO.

“Kami sebagai satu keluarga UMNO, kami tahu bagaimana menyelesaikan masalah kami dan saya yakin perkara yang baik sahaja yang akan berlaku esok,” kata Ahmad kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai program Pemimpin Dasar Ekonomi .

Sebelum ini, khabar angin mengenai kononnya tindakan terhadap beberapa pemimpin UMNO termasuk kemungkinan mereka dipecat dari parti itu kerana kesalahan disiplin parti, disangkal beberapa pemimpin UMNO termasuk oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sementara itu, Ahmad berkata pemimpin UMNO perlu terus setia dan komited mengukuhkan parti kerana UMNO hanya boleh dimusnahkan dari dalam.

Oleh itu, beliau berkata wujud keperluan bagi mengukuhkan UMNO secara dalaman dengan menjelaskan kepada para anggota parti berhubung isu-isu semasa.

“Dalam seminggu lalu, saya telah pergi ke 17 bahagian di tujuh negeri iaitu Kedah, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Selangor untuk membuat penjelasan kepada pemimpin UMNO berkaitan isu 1MDB, dana RM2.6 bilion, kejatuhan nilai ringgit, GST, rombakan kabinet dan sebagainya.

Siri penjelasan itu akan diteruskan dan kemungkinan anggota majlis tertinggi yang lain akan dilibatkan sama, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd