• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Caj Parkir Kereta Pusat Beli Belah Di KL, 4 Jam RM12,177

oleh AK-47
10/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH acap kali kita dengar aduan mengenai kadar bayaran tempat letak kereta khususnya di ibu kota yang disifatkan tidak masuk akal dan melampau.

BACA: Lelaki Ini ‘Insaf’ Selepas Parkir Kereta Di KL Sentral

Terbaharu, menimpa seorang wanita yang terkejut besar apabila melihat kadar bayaran tempat letak kereta yang perlu dilangsaikannya berjumlah RM 12,177 untuk tempoh empat jam.

‘Mangsa’ yang dikenali sebagai Datin Ira Ghani berkata, ketika itu dia dan rakannya baru pulang meraikan majlis hari jadi di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

“Saya hairan kenapa dia berpatah balik dan mengajak saya untuk melihat sendiri harga bayaran tiket berkenaan.

“Kami betul-betul terkejut dengan jumlah harga tiket yang terpapar di skrin mesin pembayaran automatik.

“Cas RM12,177 yang tertera di mesin bayaran parkir automatik pusat membeli belah itu adalah bersamaan dengan cas selama 408 hari.

“Pada hakikatnya kami berada di situ tidak lebih empat jam dan perkara itu menambah kemusykilan kami,” katanya kepada myMetro.

Berikutan tidak puas hati dengan kadar yang dikenakan, Ira dan rakannya terus membuat aduan kepada pusat aduan parkir di situ.

Apa yang lawaknya, rupa-rupanya berlaku kesilapan teknikal pada mesin berkenaan dan bayaran tiket yang dikenakan hanyalah berjumlah RM12 sahaja.

Alahai, nasib baik tidak berlaku serangan sakit jantung. Kalau tidak, kena samanlah gamaknya pihak pengurusan parkir tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd