• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Mahu Ambil Alih Peranan PAS Sebagai Parti Islam

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) akan mengambil peranan yang ditinggalkan PAS untuk bersama-sama DAP membentuk satu kerajaan baharu bagi menggantikan Barisan Nasional (BN).

Ketua Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) Batu Gajah, Omar Bakar berkata, dasar politik PAN yang mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia mirip dengan PAS iaitu Islam cumanya berbeza daripada sudut pendekatan.

“PAN memikirkan kemaslahatan yang lebih besar dalam menghapuskan kebathilan yang berlaku di dalam negara ini melalui kuasa pemerintahan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Omar dalam pada itu mendakwa, PAN ditubuhkan berikutan pertembungan dalaman PAS menjadi barah yang tidak lagi mampu diubati hingga menyebabkan rancangan kumpulan tertentu menyingkirkan kepimpinan terdahulu PAS berjaya.

Menurutnya, PAN juga diwujudkan sebagai sebuah parti Islam baharu bagi menggantikan PAS kerana tindakan-tindakan serta pendekatan PAS dilihat mengundur ke belakang termasuk memutuskan kerjasama Tahaluf Siyasi dengan Pakatan Rakyat.

“Ini adalah dorongan terhadap wujudnya satu gerakan iaitu Harapan Baru dan seterusnya muncullah satu parti Islam baharu (PAN) dalam meneruskan perjuangan pimpinan PAS terdahulu,” dakwanya.

PAN ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti itu dalam pemilihan PAS Jun lalu kerana dilihat cuba membawa parti itu ke arah sekular melalui kerjasama DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd