• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Juruteknik Didakwa Tipu 2 Warga Emas RM60,000

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang juruteknik pendingin hawa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua warga emas sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM60,000 pada Ogos lepas.

Ng Chee Wee, 41, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Bagi pertuduhan pertama, Ng didakwa bersama-sama tiga lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai K.K, Ah Jack dan Ah Weng telah memperdaya Chong Foo Seong, 69, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM10,000 bagi tujuan membebaskan anak lelakinya dari tahanan polis, di belakang Public Bank Cawangan Ipoh Garden.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Lim Chew Peng, 63, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM50,000 di belakang Maybank cawangan Sunway City di sini.

NG didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada 21 Ogos 2015.

Bagi kedua-kedua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Peguam mewakili tertuduh, Awangku Mohd Shaiful Nizam memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah memandangkan anak guamnya itu menyara isteri serta dua anak berusia dua serta lima tahun.

Nurul Asyifa kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan kes disebut semula pada 20 Okt ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sally Chay Mei Ling. – BERNAMA

Tags: kes tipuwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd