• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Syarikat Didakwa Kerana Gagal Hadir Rakaman Percakapan SSM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal hadir untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan kes pemalsuan tandatangan, di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tahun lepas.

Hisham Baba, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Hisham didakwa tanpa alasan yang munasabah telah gagal hadir di hadapan Pendaftar Syarikat bagi tujuan pemeriksaan secara lisan sebagaimana dikehendaki melalui Notis di bawah Seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 bertarikh 15 Ogos 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara SSM @ Sentral, No 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral di sini pada 18 Ogos 2014 mengikut Seksyen 7D(5)(a) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SSM, Muhamad Afif Abdullah menawarkan wang jaminan RM5,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah kerana tiada alasan untuk dia melarikan diri.

“Saya tidak berkemampuan, RM500 boleh lah, saya tinggal di Kuala Lumpur, mereka (SSM) ada alamat rumah dan pejabat saya. Saya rasa tidak adil saya dikenakan RM5,000 (jaminan), seolah-olah saya nak larikan diri ke luar negara. Saya memang sentiasa ada di sini,” katanya.

Bagaimanapun, Muhamad Afif berkata jumlah jaminan yang ditawarkan itu adalah kerana tertuduh telah gagal hadir untuk rakaman percakapan sebelum ini sehingga menyebabkan tertuduh didakwa.

“Kami akui ada alamat lengkap dan nombor telefon (tertuduh), tetapi berdasarkan sebelum ini yang beliau gagal hadir (sehingga didakwa), perlu ada jaminan di sini sementara menunggu tarikh sebutan,” katanya.

Hakim Zulqarnain membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=QbEIgyNpEZ4

Tags: mahkamahSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd