• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Ecstasy Sabah Tumpas, Dadah Bernilai RM71,000 Dirampas

oleh AK-47
01/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS Sabah mematahkan kegiatan terbaru membekalkan dadah ecstacy dalam bentuk cecair dan serbuk dalam peket yang dipercayai untuk diedarkan di pusat hiburan sekitar bandar raya ini dengan tertangkapnya seorang pengedar dadah di sini, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Superintendan Abd Rahim Dolmat, berkata kejayaan itu adalah hasil intipan dan risikan selama seminggu sebelum lelaki berumur 29 tahun itu ditangkap di Jalan Gaya Street pukul 12.15 tengah hari.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM71,000 termasuk 54 botol mengandungi cecair berwarna hijau yang dipercayai dadah jenis ecstacy seberat 860 gram yang disorokkan di siling dapur kediaman suspek itu di Tanjung Lipat, Likas.

Katanya, polis turut menemui 81 peket plastik berisi serbuk berwarna coklat juga disyaki dadah jenis esctacy seberat 1,190 gram; 1,350 biji pil Eramin 5 seberat 379 gram; 350 biji pil esctacy seberat 100 gram; 168 kapsul merah jenis esctacy seberat 73.76 gram dan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 16.38 gram.

Abdul Rahim berkata, suspek adalah seorang jurujual berasal dari Miri, Sarawak dan polis percaya lelaki itu menggunakan premis itu sebagai tempat menyimpan dadah untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini dan daerah berdekatan.

Katanya, penemuan dadah jenis cecair berwarna hijau itu adalah pertama kali ditemui di negara ini dan polis percaya suspek berkemungkinan berada di Sabah selama tiga bulan bagi mengembangkan kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

“Pengedaran dadah ini dipercayai mempunyai rangkaian dengan pengedar dadah dari Sarawak dan suspek yang bergerak bersendirian itu dipercayai membawa cecair hijau disyaki dadah jenis ecstacy itu yang siap dibungkus dari negeri itu yang akan dijual di pasaran sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap botol atau peket,” katanya.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Myvi yang bernilai RM40,000 dan jumlah keseluruhan rampasan adalah RM111,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah, katanya.

Dalam pada itu, Abd Rahim menyeru masyarakat umum supaya menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah termasuk penyeludupan dadah ke negeri ini.

“Kita juga ingin mengingatkan pengusaha-pengusaha pusat hiburan supaya peka terhadap aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan mereka dan menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

 

Tags: dadahSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd