• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertanian Runding Konsep Penurunan Kuasa Dengan Sarawak

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berunding dengan kerajaan negeri Sarawak bagaimana cara konsep ‘penurunan kuasa’ iaitu memberikan kuasa tententu milik jabatan persekutuan kepada kerajaan negeri, dapat dilaksanakan, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pihak kementerian sedang memperhalusi bidang tertentu antaranya perikanan, veterinar dan tanaman untuk pelaksanaan konsep itu yang akan memberikan ‘suara’ kepada kerajaan negeri Sarawak untuk membuat keputusan.

“Konsep penurunan kuasa kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sudah dipersetujui antara Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem). Ia juga adalah merupakan keputusan kabinet dan kementerian sedang memperhalusi bidang-bidang berkaitan yang akan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup hampir sejam bersama-sama Adenan di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Azini Mohd Shahid, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Tan Sri Zainal Dahalan dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan.

Mengenai pertemuan itu, Ahmad Shabery berkata turut dibincangkan beberapa perkara berkaitan hubungan kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam perkara-perkara menyentuh kepentingan bersama dalam mengukuhkan segala bentuk sokongan kepada pertanian dan membantu rakyat Sarawak dalam membangunkan industri pertanian dan perikanan.

“Ada sesetengah perkara perlu perubahan peraturan, undang-undang dan sebagainya tetapi sebahagiannya boleh kami uruskan dengan cara pentadbiran.

“Misalnya keputusan memberi lesen kepada nelayan, jika laut itu dekat dengan Sarawak, dalam membuat keputusan (memberi lesen) itu nanti akan ada wakil Sarawak, tetapi dalam keadaan tertentu kita boleh turunkan kuasa kepada agensi berkenaan di Sarawak,” katanya.

Ahmad Shabery berkata aspek dan potensi besar yang perlu diambil demi masa depan pembangunan pertanian termasuk di kawasan tanah tinggi di negeri ini juga dibincangkan.

Menurutnya tanah tinggi di Sarawak mempunyai potensi besar dalam mengeluarkan sayur-sayuran dan penternakan lembu tenusu sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada penanaman sayur di Cameron Highlands, Pahang dan penternakan lembu di Kundasang, Sabah.

“Kita juga melihat potensi penyelidikan dan mengembangkan beberapa sektor umpamanya perternakan ikan empurau; ketam nipah; udang galah dan juga ikan terubuk yang boleh menawarkan hasil pulangan begitu tinggi kepada rakyat Sarawak.

“Stesen-stesen penyelidikan diperlukan untuk merebut potensi ditawarkan ini … seterusnya hasil dieksport ke luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pertaniansarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd