• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti 12 Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti kesemua mayat dikenal pasti melalui pengecaman anggota keluarga.

Beliau berkata 12 mayat yang dikenal pasti itu berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berada di Hospital Teluk Intan.

“23 mayat telah selesai dibedah siasat dan 12 daripadanya telah dikenal pasti. Sementara itu, enam mayat yang ditempatkan di Hospital Teluk Intan masih lagi melalui proses pengenalan diri.

“Saya dimaklumkan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Indonesia akan tiba ke Ipoh bagi membantu proses mengenal pasti identiti mangsa yang lain,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang hari ini.

Mohd Shuhaily berkata setelah selesai proses pengenalan identiti, mayat terbabit akan menunggu proses penghantaran pulang ke Indonesia.

“Bagaimanapun, prosedur untuk penghantaran mayat-mayat itu memerlukan bantuan daripada pihak Kedutaan Indonesia,” katanya.

Sabtu lepas, enam mayat dikenal pasti iaitu empat wanita dan dua lelaki melalui pengecaman anggota keluarga.

Usaha mencari dan menyelamat, yang bermula sejak Khamis lepas, membabitkan 338 anggota daripada tujuh agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui 61 mayat mangsa bot karam iaitu 23 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan dan 37 lelaki.

Sebanyak 20 lagi mangsa, termasuk seorang wanita, terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 80 penumpang itu karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. – BERNAMA

Tags: bot karamPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd